Tindakan Polis Peristiwa Memali 1985

Terlalu banyak ajaran sesat di Malaysia sehingga menyerang Balai Polis Batu Pahat dan serangan terhadap kuil Hindu di Kerling pada tahun 1979. Kementerian Dalam Negeri Malaysia menerusi polis dan pegawai agama di Jabatan Agama Islam tidak mahu insiden ini berpanjangan. Ajaran sesat haruslah ditumpaskan terlebih dahulu sebelum menjadi tragedi. Peristiwa Memali adalah insiden yang dianggap oleh parti pemerintah sebagai satu kaedah untuk menghapuskan ajaran sesat.

Di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3,600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Pulau Pinang), Pasukan Senoi Praaq, anggota polis beruniform, Unit Tindakan Khas (UTK Berpakaian Komando 69) dari Bukit Aman menerima taklimat dari pegawai Bukit Aman.

Taklimat yang diberi adalah berkaitan dengan operasi menggempur pengganas komunis. Ramai dikalangan anggota polis yang tidak menyangka Ibrahim Libya yang akan menjadi sasaran mereka, bukannya komunis sepertimana yang disampaikan oleh pihak pegawai atasan.

Malam tersebut Ibrahim Mahmud memberi kuliah sehingga jam 11.45 malam. Seramai 50 orang penduduk hadir. Dikatakan jarang sekali kuliah atau ceramah biasa dijalankan sehingga 11.45 malam kecuali ceramah politik, itupun terdapat sekatan dan larangan dan memerlukan permit daripada Balai Polis Daerah.

Sekatan jalan raya dan meminta Ibrahim Libya menyerah diri merupakan tindakan terbaik. Alternatif lain turut difikirkan. 10 orang polis dikatakan telah menyusup masuk ke Kampung Memali dan memberi laporan.

Jika tindakan mengepung dilakukan, mungkin memakan masa 3 bulan. Dua buah kereta perisai digunakan bagi mengelakkan kemalangan dalam kalangan FRU dan polis. Tambahan pula Baling merupakan kawasan berhampiran sempadan di mana komunis dipercayai masih berkubu. Komunis sentiasa mencari titik lemah anggota tentera yang meronda sempadan Malaysia-Thailand.

Rujukan

WikiPedia: Peristiwa Memali 1985 http://www.astroawani.com/berita-malaysia/cadangan... http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/201... http://peceq.blogspot.com/2014/04/4556-kertas-peri... http://syuhada-melayu.blogspot.com http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... //scholar.google.com/scholar?q=%22Peristiwa+Memali... //www.google.com/search?&q=%22Peristiwa+Memali+198... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Peris... //www.google.com/search?q=%22Peristiwa+Memali+1985... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Peristiwa+M...